Tentang Kami

Kami Bersedia Membantu Anda

PUSAT DIALISIS INDAH ialah pusat dialisis pesakit luar swasta yang membantu pesakit yang mengalami Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRD). Kami bekerja rapat dengan semua hospital untuk memberi perkhidmatan hemodialisis yang berkualiti dalam persekitaran yang selesa dengan jururawat yang terlatih dan mesra.

Pusat Dialisis Indah memberi tumpuan untuk menyediakan penjagaan klinikal yang berkualiti dan meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) dan Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRD). Kumpulan pakar nefrologi, doktor perubatan, jururawat dialisis dan pembantu dialisis kami yang cemerlang, cekap dan prihatin menawarkan anda persekitaran yang mesra dan selamat. Kami amat memahami kesan penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRD) ke atas kehidupan manusia.

Di Pusat Dialisis Indah , kami berhasrat untuk membantu pesakit semasa tempoh rawatan dialisis mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan memuaskan. Pusat dialisis kami diakreditasi dan dinilai mengikut piawaian kualiti dan penjagaan kesihatan yang ketat serta proses klinikal yang cemerlang, bagi memastikan penjagaan yang selamat dan berkualiti tinggi.

Misi Kami

Untuk memberi inspirasi kepada pesakit agar menjalani kehidupan yang baik dengan memastikan hanya rawatan dan penjagaan terbaik diberikan kepada semua di setiap Pusat Dialisis Indah.

Objektif Kami

Kami merawat semua pesakit dengan penuh kasih sayang semasa setiap lawatan. Kami mahu mereka merasakan PDI seperti rumah kedua kepada mereka dan membina ikatan mesra diantara kakitangan dan pesakit.

Badan Pembiayaan

Open chat