Jika anda menghadapi kecemasan yang memerlukan perhatian segera dan dialisis kecemasan, sila hubungi +603 51019260 atau +60172036057 . Kami akan memberi anda panduan dan bantuan
2. Berapa lama satu sesi dialisis?
Satu sesi boleh mengambil masa selama 4 jam bergantung pada jenis dan keadaan badan anda. Pasukan penjagaan dialisis kami akan mengurus semua butiran rawatan dan tuntutan pembayaran serta membimbing anda.
3. Bilakah seseorang pesakit boleh menjalani dialisis sementara?
Kami memberi rawatan dialisis kepada pesakit yang ingin menjalani dialisis sementara apabila pergi bercuti, melakukan perjalanan perniagaan dan pulang ke rumah keluarga anda.
Sila maklumkan kepada kami masa dan tarikh anda ingin menjalani dialisis.
Kami akan memaklumkan kepada anda dokumen yang perlu anda bawa bersama.
4. Bolehkah menjalani dialisis pada waktu malam?
Kami mempunyai dialisis waktu siang dan malam.
Hubungi PDI untuk merancang dengan kami jika anda ingin mengambil dialisis selepas waktu kerja.
5. Bagaimana jika perlu dimasukkan ke hospital?
Kami tidak mempunyai wad pesakit dalam, tetapi kami sentiasa bekerjasama dengan beberapa hospital kerajaan dan swasta supaya apabila anda perlu dimasukkan ke hospital, kami boleh membuat prosedur sewajarnya dengan lancar dan cepat. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang.
6. Adakan pusat dialisis mudah diakses?
Ya. Akses ke pusat dialisis kami melalui rangkaian kereta api LRT dan bas atau pengangkutan persendirian adalah sangat mudah. Pesakit juga boleh mengakses PDI melalui banyak lebuh raya utama yang melalui lokasi Pusat Dialisis kami.